fbpx

‘Albertine takut tinggal seorang diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON (dua dari Kiri) menziarahi keluarga kanak-kanak perempuan yang terlibat kejadian culik di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Kanak-kanak perempuan yang diculik di sebuah pusat perniagaan Eco Galleria, Sabtu lalu masih terkesan dengan detik hitam yang menimpa dirinya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Leo Qieo Xin, 37, kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon ketika melawatnya di rumah saudaranya di Johor Bahru semalam.

Tian Soon berkata, kanak-kanak perempuan, Albertina Leo Jia Hui, 6, yang dilarikan dari Taman Botani, Iskandar Puteri ke Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor tampak ceria apabila kembali ke pangkuan keluarganya.

“Semalam (kelmarin) saya telah menziarahi keluarga Jia Hui bagi menyampaikan salam Menteri Besar Johor serta menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak perempuan itu.

“Walaupun dari segi luaran Jia Hui tampak ceria, ibunya memberitahu anak ketiga daripada empat beradik itu rasa takut apabila berseorangan atau tinggal seorang diri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tian Soon menziarahi keluarga itu bersama Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Tan Hiang Kee dan Pegawai Khas Menteri Besar, Chua Jian Boon.

Sabtu lalu, negara digemparkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan ketika Festival Bon Odori Johor berlangsung di Eco Galleria, Taman Botani.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya ditemui dan diselamatkan oleh pihak polis setelah ia ditemui disorokkan di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selasa lalu, kira-kira hampir 56 jam ia dilaporkan diculik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI