fbpx

Jangan cuba tutup kes buli di MRSM, IPMa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

PETALING JAYA – Jangan ada sebarang cubaan untuk menutup perilaku buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Peringatan itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu hantaran di media sosial.

“Jangan ada sebarang cubaan menutup perilaku buli mahupun kejadian keracunan makanan. Kebajikan pelajar lebih utama daripada nak jaga nama. Tiada kompromi!

“Maaf ya! Bab kebajikan dan keselamatan pelajar keutamaan saya. Jika saya tahu wujud kes seumpama ini dan cubaan untuk menutupnya, saya akan ambil tindakan tegas,” katanya hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau baru dapat maklumat kejadian keracunan makanan di sebuah MRSM selatan tanah air.

Menurutnya, beliau telah meminta pihak MARA untuk siasat kerana ibu bapa pelajar mendakwa kejadian sudah berlaku beberapa kali tahun ini.

“Begitu juga dengan kes buli, ada pihak yang sengaja tidak mahu panjangkan dan nak tutup isu ini daripada pihak atasan kerana kononnnya nak jaga nama takut terpalit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI