fbpx

Imigresen gempur kedai seakan pasar borong, 34 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
34 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan di Kompleks Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja secara haram di deretan kedai seakan ‘pasar borong’ digempur di Kompleks Damai, Jalan Ipoh, di sini, petang tadi.

Op Selera dan Op Belanja dilaksanakan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL) bermula pukul 5 petang itu turut menyaksikan pelbagai helah cuba dilakukan PATI bagi mengelak daripada dicekup.

Wartawan Kosmo! yang menyertai operasi itu mendapati beberapa premis runcit menjual bungkusan sireh, dilengkapi dengan kolam tangki ikan serta beberapa sangkar berisi ayam dan itik hidup.

Salah seorang pekerja memaklumkan, kebanyakkan pengunjung merupakan warga asing dan kurang pengunjung daripada warga tempatan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 34 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan tersebut.

Jelasnya, risikan selama dua minggu serta aduan orang awam membawa kepada serbuan dilakukan.

“Tangkapan membabitkan 33 lelaki dan seorang wanita terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan India.

“Kesemua mereka berusia berusia lingkungan 30 hingga 63 tahun berperanan sebagai pekerja kedai runcit, tukang gunting rambut, pelayan restoran dan tukang masak.

“Mereka akan dibawa ke Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI