fbpx

Himpunan ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ tidak dapat kebenaran pemilik tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster himpunan 'Mahkamah Rakyat Hukum Anwar'.

IPOH – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai himpunan ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ yang akan diadakan di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Tambun di Meru Raya, esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah seperti mana yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta736).

“Pihak polis telah dimaklumkan berkaitan perhimpunan itu daripada Sekretariat Selamatkan Malaysia pada Rabu lalu.

“Setelah semakan dibuat, kita dapati pemakluman itu tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan 2012,” katanya di sini hari.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan kerana ia merupakan satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Pada 29 Jun lalu, seramai kira-kira 150 orang peserta perhimpunan berbaju hitam berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mengemukakan lapan tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ dilaporkan turut bersedia mengadakan perhimpunan pusingan kedua di Parlimen Tambun sekiranya Anwar tidak bertindak ke atas lapan tuntutan yang dikemukakan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI