fbpx

Hilang lebih seminggu, di mana Nur Shafila?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Shafila dikatakan gagal dihubungi keluarga sejak 15 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di Kampung Sri Malaysia, di sini.

Menurut Pegawai Pusat Media, Inspektor Mazliyana Abd. Latiff, individu berkenaan dikenali sebagai Nur Shafila Suaib, 20.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita tempatan itu pada 16 Julai lalu.

“Mangsa yang bekerja sebagai pengasuh taska di Desa Petaling gagal dihubungi oleh keluarga sejak 15 Julai.

“Shafila berketinggian 148 sentimeter (cm), berat 45 kilogram (kg), berbadan sederhana kurus, bertudung dan tidak berkaca mata,” katanya dalam kenyataan hari in

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab, di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI