fbpx

Hidupkan semula kolam air panas ‘bunian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARDIN menunjukkan Kolam Air Panas Ara Panjang di Kuala Kangsar yang terbiar ‘mati’ sejak 2014.

KUALA KANGSAR – Penduduk Kampung Ara Panjang, Manong, di sini mengharapkan sinar baharu agar Kolam Air Panas Ara Panjang kembali dihidupkan.

Kolam air panas semula jadi itu yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat pelancongan, namun tanpa sebab yang jelas ia kini terbiar ‘mati’ sejak 2014.

Kawasan persekitaran kolam itu kelihatan menyeramkan de­ngan bangunan tandas dan rua­ngan mandi dalam keadaan kotor serta daun yang menjalar.

Ketua Kampung, Kamardin Abd. Majid, 62, sedang merancang untuk membangunkan semula kawasan tersebut dan mengharapkan usaha itu mendapat perhatian pihak kerajaan.

“Agak rugi aset bernilai ini di­biarkan begitu sahaja sedangkan boleh dibangunkan untuk manfaat ekonomi penduduk,” katanya.

KAMARDIN mengharapkan sokongan banyak pihak untuk membangunkan semula kolam air panas di Manong ini sekali gus tidak lagi dikaitkan dengan kisah-kisah misteri atau alam bunian.

Kamardin tidak tahu usia sebenar kolam air panas itu, tetapi katanya telah wujud agak lama sebelum beliau lahir lagi dan diceritakan tempat itu kerap dikunjungi oleh almarhum sultan-sultan Perak terdahulu.

“Pernah suatu ketika tempat ini didatangi mat salih dan me­nyatakan tempat ini lava atau lohong gunung berapi tetapi tidak pasti kebenarannya,” katanya.

Beliau juga mengharapkan sokongan banyak pihak untuk membangunkan semula kawasan tersebut, sekali gus tidak lagi sekadar dikaitkan dengan kisah-kisah misteri atau alam bunian.

Tinjauan mendapati papan notis kawasan itu masih wujud untuk rujukan para pengunjung lebih sedekad lalu.

Daripada pandangan mata kasar juga boleh diperhatikan ada asap haba di permukaan kolam air panas itu selain beberapa tempat dapat dilihat buih menggelegak keluar dari dasar kolam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI