fbpx

Empat kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada petang ini mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di empat kawasan.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan, empat kawasan terbabit ialah di Semenanjung iaitu di Larut dan Matang, Perak.

Selain itu, dua kawasan di Sarawak turut mencatatkan cuaca panas Tahap 1 iaitu di Bintulu dan Sri Aman.

“Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-Jaga) iaitu Kota Marudu.

“Tahap berjaga-Jaga merupakan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya di sini hari ini.

Bagi mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI