fbpx

Cedera tangan punca tarik diri Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUNE terpaksa membuat keputusan berat menarik diri daripada beraksi di pentas Olimpik Paris disebabkan masalah pergelangan tangan. - AFP

PARIS – Bintang tenis Denmark, Holger Rune terpaksa menarik diri untuk membuat kemunculan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 selepas dibelenggu kecederaan pergelangan tangan.

Bekas pemain ranking No. 4 dunia itu mengakui kecederaan tersebut telah mengganggu penampilannya musim ini.

Situasi itu menyebabkan dia gagal untuk melangkah ke pentas final setiap kejohanan yang disertainya hingga membuatkan rankingnya jatuh ke kedudukan ke-16 ketika ini.

“Saya benar-benar minta maaf kerana tidak dapat beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris.

“Saya telah bermain dengan kesakitan di pergelangan tangan saya sepanjang musim d gelanggang tanah liat dan rumput. Jadi saya perlu mengambil serius rawatan perubatan yang saya akan dihadapi selepas ini,” katanya.

Selain Rune, pemain No. 1 dunia dari Itali, Jannik Sinner turut menarik diri untuk bersaing di temasya sukan terbesar dunia itu apabila berdepan masalah kesihatan iaitu radang tonsil yang teruk.

“Saya amat sedih dan benar-benar kecewa kerana bertanding di Sukan Olimpik adalah salah satu matlamat utama saya musim ini.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Roland Garros dan bermain untuk negara saya dalam acara berprestij ini. Selepas berjumpa doktor pada Selasa, saya memberi diri sendiri sedikit masa untuk melihat sama ada keadaan akan bertambah baik, malangnya ia menjadi lebih teruk,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI