fbpx

Akaun TikTok palsu, Aiman Aufa pesan jangan ‘tunggang’ isu semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Aufa mohon kerjasama orang ramai untuk lapor akaun TikTok palsu yang menggunakan namanya.

PETALING JAYA – “Kepada yang cipta akaun palsu, mohon jangan menunggang isu semasa atas kepentingan peribadi.”

Demikian tegas Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi atau Aiman Aufa terhadap individu yang tidak bertanggungjawab, yang membuka akaun TikTok menggunakan namanya.

Aiman Aufa merupakan saksi pendakwaan kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang disebut-sebut pengguna media sosial selepas menghantar surat layang berhubung kejadian buli itu.

Sambil berkongsi tangkap layar akaun palsu itu, Aiman Aufa menjelaskan dia tidak mempunyai akaun TikTok kecuali di Facebook dan Instagram sahaja.

“Sebarang kenyataan dan posting (hantaran) daripada akaun TikTok adalah bukan daripada saya.

“Mohon kerjasama semua untuk lapor akaun TikTok atas nama saya. Saya khuatir akan timbul isu atau salah penyebaran maklumat,” katanya menerusi akaun Instagramnya semalam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, akaun Instagram Aiman Aufa dihujani ucapan terima kasih daripada orang ramai kerana menjadi individu yang bertanggungjawab mengutus surat layang kepada pihak pengurusan UPNM.

Surat itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa Allahyarham Zulfarhan telah didera rakan-rakannya di universiti berkenaan.

Aiman Aufa kemudian berkongsi di Instagramnya bahawa beliau kali pertama melihat semula surat layang yang tular di media sosial selepas hampir lapan tahun berbuat demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI