fbpx

Acson tawar hadiah menarik sempena ulang tahun ke-40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sambutan ulang tahun ke-40 Acson Malaysia di The Starhill.

PETALING JAYA – Orang ramai berpeluang memenangi barangan dan produk elektrik yang bernilai sehingga RM60,000 sempena sambutan ulang tahun ke-40 jenama penyaman udara terkemuka, Acson Malaysia (Acson).

Acson dalam kenyataan berkata, sempena ulang tahun itu pihaknya mengadakan acara menarik yang akan berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur bermula 24 hingga 28 Julai ini.

Katanya, acara itu akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik, tawaran eksklusif, dan juga berpeluang untuk menyaksikan pencapaian dalam rekod The Malaysia Book of Records.

“Sebagai jenama Malaysia yang terkenal, Acson juga amat teruja untuk meraikan pencapaian sepanjang empat dekad inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan selama ini.

“Kami sesungguhnya sangat memahami keperluan pasaran tempatan dan sentiasa berinovasi untuk menyediakan penyelesaian kehendak penyaman udara yang sesuai untuk rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, acara tersebut menceritakan perjalanan dan komitmen Acson dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik, dengan tema “Syioking Malaysia”, yang mencerminkan keaslian dan dedikasi kepada pasaran Malaysia.

“Salah satu tarikan utama acara ini adalah pameran replika penyaman udara terbesar, seperti yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

“Pameran menakjubkan ini akan memukau para pengunjung dan menekankan komitmen Acson terhadap inovasi dalam penyaman udara,” ujarnya.

Selain itu katanya, pengunjung boleh menantikan pelbagai aktiviti interaktif yang direka khas untuk menghiburkan dan memberi ganjaran.

“Tarikan utama adalah aktiviti yang mendebarkan, Cabaran Token Hunt, di mana peserta boleh menyelam ke dalam kolam yang dipenuhi dengan bola untuk berpeluang memenangi barangan dan produk Acson yang bernilai sehingga RM60,000 tertakluk kepada terma dan syarat.

“Bagi meraikan ulang tahun ke-40 Acson, kami menawarkan 40 hadiah eksklusif setiap hari, lapan pemenang teratas akan dipilih, dengan pemenang utama akan menerima unit penyaman udara Acson Inverter Wall Mounted,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI