fbpx

Sudah 60 tahun pun masih mencuri, datuk lebam dibelasah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek sudah ditahan polis. - Istimewa

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 60 tahun dibelasah penduduk kampung selepas ditangkap ketika cuba mencuri di sebuah rumah kosong, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Kalideres, Jakarta Barat pada Ahad lalu.

Suspek yang hanya dikenali sebagai AI ditangkap penduduk selepas seorang rakan subahatnya lari meninggalkan dia keseorangan.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, wajah suspek kelihatan lebam akibat dibelasah oleh penduduk sebelum dia diikat.

“Suspek sering melakukan kegiatan mencuri dengan menyasarkan rumah yang tidak berpenghuni,” kata Ketua Polis Kalideres, Komisioner Polis Abdul Jana.

Tambah Abdul Jana, ketika ditangkap penduduk, suspek sedang mengintai ke dalam rumah tersebut, manakala rakannya, EN menunggu di atas motosikal.

Dia kemudian cuba memecah masuk dengan merosakkan pintu menggunakan pemutar skru, namun perbuatannya itu dihentikan oleh kumpulan penduduk yang datang menyerbunya.

AI ditangkap serta-merta, manakala EN melarikan diri.

Jika disabit bersalah, suspek berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI