fbpx

RTG pacu skuad basikal trek di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI terus menjadi sandaran dan harapan peminat sukan negara untuk merealisasikan impian membawa pulang pingat emas pertama Olimpik.

BERMULA penyertaan pertama negara di Sukan Olimpik pada 1956 sehingga edisi terakhir di Tokyo 2020, rakyat Malaysia masih kempunan untuk melihat sebutir pingat emas berjaya dibawa pulang oleh kontinjen Malaysia.

Percubaan demi percubaan sudah dilakukan, namun sepanjang hampir tujuh dekad kita hanya berjaya merangkul lapan pingat perak, lima gangsa dalam 16 penampilan pada temasya sukan paling berprestij di dunia itu.

Bagaimanapun, pencapaian paling cemerlang Malaysia di temasya sukan terbesar dunia itu pada Sukan Olimpik Rio 2016 apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa, sekali gus aksi terbaik dalam sejarah Olimpik negara.

Bagi memastikan, langkah membawa pulang pingat emas tercapai, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merencanakan program Road To Gold (RTG).

Antara yang menerima manfaat terbesar daripada RTG adalah skuad badminton dan berbasikal trek negara.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh menyambut baik program RTG dalam memastikan atlet berprestasi tinggi tidak berdepan sebarang kekangan dan menerima perkhidmatan bertaraf lima bintang.

“Saya tidak boleh mengulas tentang sukan lain, tetapi untuk sukan berbasikal program RTG ini adalah yang terbaik. Sebab apa saya kata amat baik kerana segala permintaan mereka telah dipenuhi oleh RTG.

“Bagi saya, mereka ini adalah pelumba berbasikal terbaik yang kita ada dalam negara ini dan mereka berhak untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan yang lebih baik untuk membantu merealisasikan menjelmakan pingat emas di Sukan Olimpik.

“Jadi, wujudnya RTG ini adalah peluang terbaik kepada atlet berbasikal negara memberi tumpuan khusus tanpa memikirkan soal-soal lain.

“Sebagai persatuan, kami di sini sentiasa menjadi orang tengah antara atlet dan kerajaan untuk memastikan kita mendapat apa yang diperlukan yang terbaik untuk atlet kita sebelum memulakan tugas di Olimpik Paris 2024,” katanya kepada Kosmo! semalam.

SHAH FIRDAUS menjadi permata baharu dan calon terbaik pengganti Azizulhasni untuk bersinar di pentas Sukan Olimpik.

Dalam pada itu, Amarjit turut berharap program RTG tidak terhenti sekadar di Olimpik Los Angeles 2028 malah diteruskan pada masa-masa akan datang.
“Bagi pendapat saya, RTG sangat bagus, tetapi saya harap program RTG yang fokus menjelmakan emas terus berlanjutan bukan sekadar di Olimpik Paris, la tetapi pada edisi berikutnya,” katanya.

Sebagai persiapan ke Paris, RTG telah membiaya kem latihan Datuk Azizulhasni Awang di Melbourne, menyediakan pakaian pertandingan termasuk kem latihan di luar negara di Mallorca serta ujian WindTunnel di Australia.

Atlet berbasikal negara juga akan dilengkapi dengan basikal baharu berteknologi tinggi, WX-R Vorteq di Paris yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM7.5 juta.

Selain itu, RTG juga telah membiaya pertandingan tambahan buat skuad RTG di Jepun dan Hong Kong serta menyedikan sokongan sains sukan termasuk khidmat jurulatih penyaman fizikal, juru analisis data prestasi, ahli fisioterapi, pakar pemakanan serta tukang urut selain menyediakan juga elaun bulanan.

Dalam pada itu, RTG turut menyediakan pakar jantung dari IJN, Datuk Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon berada di Paris bagi memantau keadaan Azizulhasni sepanjang berada di Paris.

Pada tahun ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi memenuhi keperluan tambahan atlet yang berpotensi memenangi emas dalam persiapan mereka menghadapi temasya di Paris.

Seramai 10 daripada 26 atlet yang bertanding di Olimpik Paris berada dalam program RTG yang dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Sudah pasti, tanggal 26 Julai menjadi saksi bahawa kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 hadir dengan perkhidmatan sokongan terbaik dalam sejarah penyertaan di temasya terbesar dunia itu.

Di Paris nanti, atlet negara dibekalkan dengan semangat dan persiapan cukup sempura terutama segala kelengkapan yang dituntut atlet negara semuanya telah dipenuhi oleh RTG. – KOSMO! ONLINE

Senarai

Atlet RTG

Badminton

Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Pencapaian:
Gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020
Juara Kejohanan Dunia 2022
Gangsa Sukan Asia 2022
Naib juara Kejohanan Badminton Asia 2022

Pearly Tan-M Thinaah
Pencapaian:
Emas Sukan Komanwel Birmingham 2022
Juara Terbuka Switzerland 2021
Juara Terbuka Perancis 2022

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Pencapaian:
Juara Terbuka Taiwan 2023
Juara Masters Orleans
Naib juara Masters Thailand 2024
Naib juara Terbuka Switzerland 2024

Berbasikal trek

Datuk Azizulhasni Awang
Pencapaian:
Olimpik
-Perak (keirin) – Tokyo 2020
-Gangsa (keirin) – Rio 2016
Kejohanan Dunia
-Emas (keirin) – Hong Kong 2017

Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pencapaian:
Sukan Asia
-Gangsa (pecut) – Hangzhou 2022
-Gangsa (keirin) – Hangzhou 2022
Sukan Komanwel
-Gangsa (keirin) – Birmingham 2022

Terjun

Bertrand Rhodict Lises
Acara: 10m platform lelaki
Pencapaian:
Perak 10m plaform Sukan SEA 2023
Gangsa 1m papan anjal Sukan SEA 2021
Gangsa 10m platform seirama Sukan Asia 2022

Angkat berat

Mohammad Aniq Kasdan
Pencapaian:
-IWF Grand Prix (Qatar 2023)
Pingat Gangsa (61 kg)
-Sukan Komanwel (Birmingham 2022)
Pingat Emas (55 kg)
-Kejohanan Komanwel 2022 (Tashkent 2021)
Pingat Emas (55 kg)
-Sukan SEA (Hanoi 2021)
Pingat Gangsa (55 kg)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI