fbpx

Pihak terjejas gangguan IT global perlu daptatkan nasihat pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOBIND SINGH (tengah) sertaYen Ling (dua dari kanan) melakukan simbolik pecah tanah di dalam Majlis Pecah Tanah Pusat Data Kampus TM dan Nxera di Educity, Iskandar Puteri hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Pihak yang terjejas disebabkan insiden gangguan teknologi maklumat (IT) global dinasihatkan mendapatkan khidmat pakar yang diperakui dari aspek bantuan IT.

Menteri Digital, Gobin Singh Deo berkata, ini bagi membolehkan data dan maklumat peribadi tidak terjatuh ke tangan yang salah dan menjadi mangsa penyalahgunaan maklumat.

Katanya, insiden gangguan IT global yang berlaku minggu lalu membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab membuka domain tertentu untuk mendapatkan maklumat syarikat.

“Mereka gunakan domain tersebut kononnya cuba membantu syarikat terjejas tapi sebenarnya bukan pihak yang sah, hanya bertindak nak mendapatkan maklumat syarikat.

“Justeru, kementerian lihat mendalam perkara ini, setakat ini tidak ada masalah yang berlaku. Masyarakat perlu prihatin, kena pastikan pihak yang sah bagi mengelak data disalahgunakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Data Kampus TM dan Nxera di Educity, di sini hari ini.

Insiden gangguan IT global yang berlaku minggu lalu disahkan bukan serangan siber sebaliknya terjadi akibat kelemahan pada sistem kemas kini perisian sekuriti CrowdStrike.

Lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.

Lima agensi kerajaan tersebut membabitkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Menurut Gobind, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Microsoft dalam masa sama telah mengarahkan pihak berkaitan untuk memperbaiki kelemahan bagi memastikan masalah sama tidak berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI