fbpx

Penguatkuasaan EECA jimatkan 2,017 juta Gigajoule penggunaan tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah.

PETALING JAYA – Malaysia diunjurkan mampu menjimatkan penggunaan tenaga yang dianggarkan berjumlah 2,017 juta Gigajoule atau bersamaan RM97.1 billion menjelang tahun 2050.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia susulan penguatkuasaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) yang diluluskan oleh Parlimen pada 25 Jun lalu.

“Rang undang-undang ini akan digazetkan selepas diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia secara langsung mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 197,877 kilo tan karbon dioksida,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan senator Susan Chemerai Anding berhubung visi jangka panjang bagi peralihan tenaga Malaysia dan bagaimanakah visi itu dianggap selaras dengan matlamat iklim global seperti Perjanjian Iklim Paris.

Terdahulu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, visi jangka masa panjang peralihan tenaga negara untuk sektor bekalan elektrik berdasarkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Menurut beliau, NETR menyasaran peningkatan campuran kapasiti terpasang penjanaan sumber tenaga boleh baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik kepada 31 peratus pada tahun 2025, 40 peratus pada tahun 2035 dan 70 peratus menjelang tahun 2050 berbanding capaian semasa 26 peratus.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya dan Suruhanjaya Tenaga sedang memuktamadkan kerangka pelaksanaan akses grid terbuka bagi membenarkan capaian bekalan elektrik hijau melalui pihak ketiga diperolehi.

“Kita juga laksana program The Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 memberi rebat RM400 kepada pengguna membeli peralatan menggunakan tenaga yang efisien seperti penghawa dingin dan peti ais bertaraf empat atau lima bintang.

“Kita juga melaksanakan program solar, disamping solar di atas darat atau bumbung, kita juga perkenalkan solar terapung di atas air atau penstoran tenaga melalui bateri dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI