fbpx

Penganggur didakwa bunuh lelaki di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mazlan (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah perhentian bas, Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mazlan Mat Noh, 47, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hayyiy Ismail Yahya, 31, di sebuah perhentian bas, tepi Lorong Che Majid dekat Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 9.29 pagi hingga 10.15 pagi pada 13 Julai lalu.

Mazlan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh selain menetapkan 8 Disember depan untuk laporan bedah siasat mangsa.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring dipercayai ditikam pada bahagian belakangnya di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI