KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sekolah maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan dalam kejadian di sebuah kediaman di Setapak, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 11.50 pagi tadi.
“Mangsa berusia 17 tahun telah terjatuh bangunan dan tidak disedari oleh ahli keluarga.
“Mangsa yang juga pesakit psikiatrik disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)-KOSMO! ONLINE.