fbpx

Olimpik Paris: Jaguh Britain kenal renang di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROUD diletakkan sebagai antara pilihan untuk memenangi pingat emas dalam acara 50m gaya bebas pada temasya Olimpik kali ini. - AFP

PARIS – Bekas pemenang pingat emas 50 meter gaya bebas Kejohanan Renang Dunia 2022, Ben Proud kini mula memasang impian untuk menakluki kolam renang Sukan Olimpik 2024.

Atlet berusia 29 tahun yang mewakili Great Britain itu hanya menanti detik gemilang dalam kariernya selepas muncul perenang pertama yang pernah menjuarai Kejohanan Eropah dan Sukan Komanwel dalam tahun yang sama pada 2022.

“Saya membesar di Malaysia kerana tugasan ayah saya, kehidupan saya di negara beriklim tropika menyaksikan saya menghabiskan banyak masa dengan berenang bagi menyejukan badan.Saya sentiasa bersemangat untuk berenang sama ada di lautan atau kolam renang.

“Saya tidak begitu serius untuk menjadikan renang sebagai karier ketika saya masih kecil sehinggalah jurulatih memberitahu ibu saya yang beliau akan jadikan saya juara kebangsaan Malaysia.

“Sebagai perenang acara 50m, saya perlu tampil lebih efektif untuk catatkan masa terpantas. Saya memenangi perlumbaan di Malaysia dan ketika itu saya tahu yang saya sudah bersedia untuk jadi pemenang Sukan Olimpik,” katanya.

Tahun lalu, Proud turut memenangi pingat emas pada Kejohanan Renang British menerusi acara 50m gaya bebas dan kali ini adalah penampilan ketiganya di Sukan Olimpik.

“Saya tidak sabar untuk menikmati suasana pertandingan di Paris. Bukan cara saya untuk bercakap terlalu banyak tentang keyakinan tetapi saya merasakan yang saya sudah berada di landasan tepat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI