fbpx

Manchester United berisiko hilang Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES tidak dapat mengesahkan mengenai masa depannya bersama United biarpun kontraknya masih berbaki dua musim lagi. - AFP

LONDON – Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dilaporkan sedang meneroka potensi untuk mendapatkan khidmat kapten Manchester United, Bruno Fernandes sebelum tarikh tutup jendela perpindahan kali ini.

Tonggak The Red Devils itu sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan seperti Bayern Munich dan Inter Milan, selain beberapa kelab dari Liga Arab Saudi juga berminat untuk mendapatkannya.

Berbaki kontrak selama dua tahun sehingga Jun 2026, pihak pengurusan United belum bersedia untuk mengadakan rundingan mengenai kontrak baharu kepada pemain berkenaan.

Sebelum menyertai skuad Portugal di saingan Euro 2024 lalu, Fernandes gagal memberikan respons kukuh mengenai masa depannya di Old Trafford apabila mengakui akan meninggalkan United sekiranya pasukan itu sudah tidak mahukan khidmatnya.

“Jika anda mahu saya berkata jujur, jika saya perlu memikirkan mengenai tidak meneruskan aksi di Liga Perdana Inggeris, saya hanya akan melakukannya selepas Euro.

“Sudah pasti musim lalu pasukan tidak berada pada tahap yang saya harapkan, sama ada secara individu atau secara kolektif,” jelasnya.

Perkembangan itu menyaksikan PSG cuba untuk melihat potensi yang ada bagi menyakinkan Fernandes bagi menyertai projek baharu mereka selepas pasukan itu kehilangan ‘ayam tambatan’, Kylian Mbappe ke Real Madrid.

Dalam masa yang sama, selepas berjaya mendapatkan khidmat seorang pemain pertahanan dan penyerang, United ketika ini sedang memberikan fokus untuk memantapkan jentera tengah pasukan itu.

Beberapa nama seperti Manuel Ugarte (PSG), Martin Zubimendi (Real Sociedad) dan Youssouf Fofana (AS Monaco) dilapor menjadi sasaran United yang kemungkinan adalah sebagai persediaan sekiranya terpaksa kehilangan Fernandes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI