fbpx

Liga Super: Kuching City sedia ‘cakar’ Sang Kenari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidil Sharin (dua dari kanan) memiliki strategi ampuh menjelang aksi bertemu KDA FC malam esok. - Foto ihsan Kuching City

ALOR SETAR – Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak tetap merendah diri dengan menyifatkan pasukannya sebagai ‘underdog’ untuk menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam esok.

Menurut jurulatih kelahiran Singapura itu, Sang Kenari memiliki kelebihan daripada segala sudut terutama daripada aspek keserasian pemain.

Kata Aidil, Kuching City pada musim ini dibarisi 80 peratus pemain baharu dan masih dalam fasa membentuk keserasian.

“Melihat kepada aksi KDA FC termasuk perlawanan terakhir mereka menentang JDT baru-baru ini, saya tak fikir perlawanan esok akan menjadi mudah buat kami.

“Mereka sejak dari dulu sudah memiliki keserasian kerana para pemain KDA FC kebanyakannya kekal di situ sejak sekian lama sedangkan pasukan kami boleh dikatakan baru memulakan proses pembentukan musim ini.

“Jadi tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa mereka merupakan pasukan pilihan sedangkan kami ‘underdog’,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Di sebalik semua itu katanya, Kuching City tidak hadir ke Stadium Darul Aman semata-mata untuk menyerah kalah.

“Kami pernah menewaskan mereka musim lalu dan dalam bola sepak, anda tidak akan tahu apa yang berlaku hingga tamat 90 minit perlawanan,” katanya.

“Dalam keadaan sekarang, kami masih di peringkat membina momentum dan masih jauh daripada tahap prestasi terbaik. Begitu pun, kami akan memberikan segalanya untuk mendapatkan mata dalam perlawanan esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI