fbpx

Lelaki mirip ‘Papa Dali’ tular di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Dali Wassink (kanan) dan ‘kembarnya’ (kiri). - Wolipop

JAKARTA – Seorang lelaki menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah mirip suami pelakon popular Indonesia, Jennifer Coppen yang meninggal dunia pada 18 Julai lalu, lapor saluran berita Merdeka.com semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @odenstanter42, ‘kembar’ Dali Wassink itu berasal dari Ternate, wilayah Maluku Utara. 

Lelaki tersebut dikenali sebagai Suhardian Ode, yang bekerja sebagai seorang kontraktor di Weda.

Kedua-dua mereka memiliki raut wajah yang hampir sama, bermula dari bentuk mata, hidung hingga ke bibir. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih sebanyak 6.4 juta tontonan. 

“Tiba-tiba papa dali versi lokal muncul,” kata netizen. 

“Papa dali zaman dulu,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI