fbpx

JKM cari waris bayi ditinggalkan depan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKM sedang mengesan waris bayi lelaki yang ditinggalkan di depan sebuah restoran di Taman Austin Perdana, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan sebuah restoran di Taman Austin Perdana, di sini, pagi 23 Jun lalu.

Bayi itu ditemui kira-kira pukul 5 pagi oleh pekerja restoran dalam keadaan selamat sebelum melaporkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Norhafizah Ahmad berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan sementara di Rumah Perlindungan Kanak- Kanak Johor di sini.

Katanya, ia selepas pihaknya mendapat perintah interim di bawah Seksyen 30(7) Akta Kanak-Kanak 2001 di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Johor Bahru, pada 4 Julai lalu.

Tambahnya, difahamkan pihak polis masih menjalankan siasatan dan sedang mengesan individu yang meletakkan bayi berkenaan di premis berkenaan.

“Sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Pelindung JKM Daerah Johor Bahru Jamalluddin Hassan di talian 07-2232606 atau 07-2232607,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI