fbpx

‘Jika diuji dengan maksiat, sembunyikan dan bertaubat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakim menegaskan mengenai perbuatan menjaharkan maksiat pada hantaran Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama.

Perkara itu ditegaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi hantaran Facebook hari ini yang mengambil sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Ketahuilah bahawa, perbuatan menghisap rokok, mendedahkan aurat, menceritakan dosa yang telah dilakukan, kesemuanya itu termasuk dalam perbuatan menjaharkan maksiat.

“Sekiranya seseorang itu diuji oleh Allah SWT dengan maksiat, hendaklah dia berusaha menyembunyikannya berserta dengan perbanyakkan taubat,” menurut perkongsian itu hari ini.

Hantaran itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun terdapat beberapa individu memetik nama seorang pelawak yang dikaitkan dengan isu judi di ruangan komen, selepas lelaki itu mendedahkannya dalam satu podcast baru-baru ini.

Selain itu, gambar hiasan pada perkongsian yang dimuat naik oleh Jakim menunjukkan dua individu (kartun) seolah-olah sedang berada di dalam program ‘podcast’.

Dua individu (kartun) tersebut ditambah dialog mengenai penjelasan golongan al-Mujaahiruun iaitu melakukan dosa secara sembunyi, kemudian dia pergi menceritakan dosa yang telah dilakukan kepada orang lain.

Individu yang melakukan maksiat dan dia melakukannya secara terbuka juga termasuk golongan al-Mujaahiruun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI