fbpx

Ibu selamba tinggalkan anak kecil dalam lift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu keluar dan meninggalkan anak-anaknya di dalam lift. - Instagram @folkshitt

JAKARTA – Perbuatan seorang wanita di Indonesia yang selamba meninggalkan anak perempuannya di dalam lift mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipantau oleh petugas sebuah bangunan, sebelum dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshitt.

Rakaman CCTV memaparkan seorang wanita yang masuk ke dalam lift bersama dua anak perempuannya. 

Apabila tiba di tingkat 10, dia dilihat selamba keluar membawa barang dan meninggalkan mereka sebelum pintu lift tertutup. 

Lebih mengejutkan apabila wanita itu sempat ketawa seolah-olah tidak berasa bersalah, ketika petugas memulangkan anak-anaknya. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen berang dengan kelalaiannya sebagai seorang ibu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI