fbpx

Ibu bapa Jia Hui tidak kenal mana-mana suspek – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi wanita tersebut menunjukkan Albertine selamat kembali ke pangkuan keluarganya.

JOHOR BAHRU – Ahli Keluarga kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar mengesahkan perkara itu dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Menurut beliau, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga tidak mengenali suspek kelima iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun yang ditahan polis bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, Selasa lalu.

“Setakat ini, jumlah tangkapan masih kekal lima orang. Reman empat daripada mereka akan tamat esok, jika tiada keperluan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis. Manakala reman keatas suspek terakhir akan tamat pada 29 Julai depan.

“Saya ingin tegaskan bahawa ibu dan bapa kepada mangsa tidak mengenali kesemua suspek, namun siasatan masih diteruskan sama ada kelima-lima suspek mengenali satu sama lain.

“Motif penculikan dan hubungan antara kelima-lima suspek juga masih dalam siasatan. Manakala persoalan berkaitan baju tertera logo festival yang dipakai suspek kelima, pakaian itu boleh dibeli di festival berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Kumar memberitahu masih terlalu awal untuk mengatakan siasatan berhubung kes penculikan itu telah lengkap kerana pihaknya masih menyiasat pelbagai aspek lain.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,”katanya.

Sabtu lalu, Albertine Leo Jia Hui dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika berada festival Bon Odori yang berlangsung di Eco Galleria, Iskandar Puteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI