fbpx

Hormati keputusan pengadil, jaga emosi – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM pertahan keputusan barisan pengadil perlawanan yang dianggap tepat pada aksi JDT bertemu KDA FC minggu lalu. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru peminat tanah air tidak terikut emosi dengan menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram berkata, penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga M telah membantu para pengadil dalam usaha membuat keputusan yang tepat.

“Setakat sejumlah 42 perlawanan Liga Super dan Piala FA bagi musim 2024-2025 ini, penggunaan teknologi VAR serta prestasi pengadil adalah pada tahap sangat cemerlang.

“Ini termasuk perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 Julai lalu.

“Keputusan tidak memberikan sepakan penalti kepada KDA FC oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin adalah sangat tepat.

“FAM mendapati reaksi dan komen-komen yang tidak sihat dilakukan oleh penyokong termasuk juga pemain dan bekas pemain. Rata-rata komen mereka mengikut emosi dan tidak faham undang-undang FIFA dan protokol VAR.

“FAM harap semua pihak dapat menghormati keputusan yang dibuat dan jangan membuat komen-komen dengan hanya mengikut emosi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM dalam satu kenyataan.

Pada perlawanan tersebut, bola dikatakan terkena tangan pertahanan JDT, Shahrul Saad ketika Sang Kenari melakukan serangan di kotak penalti tetapi pengadil, Nazmi yang tidak memberi sepakan penalti selepas meneliti VAR. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI