fbpx

Hilang di Hulu Selangor jumpa di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Polis daerah ini berjaya menyelesaikan kes kehilangan remaja perempuan berusia 17 tahun tidak sampai 12 jam apabila mangsa ditemui selamat di Triang, Bera, Pahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya turut menangkap seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an di lokasi tersebut pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Menurut beliau, suspek ditahan selepas dipercayai melarikan remaja terbabit.

“OH (Orang Hilang) dijumpai di dalam sebuah rumah milik saudara suspek di Triang Bera, Pahang.

“Mangsa mendakwa menghadapi masalah keluarga dan suspek telah menjalinkan hubungan intim dengannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Lelaki itu direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumah di Taman Semarak, Batang Kali, di sini sejak kelmarin.

Mangsa kali terakhir dilihat di sebuah kedai makan di Jalan Mahagoni 7/1A, Bandar Utama Batang Kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI