fbpx

Harimau kumbang baham lembu ternakan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau kumbang yang berjaya ditangkap Perhilitan di Padang Kubu, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seekor harimau kumbang yang sebelum ini bermaharajalela membaham lembu ternakan penduduk berjaya ditangkap di Padang Kubu di sini semalam.

Haiwan buas seberat 65 kilogram itu telah memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di dalam sebuah ladang kelapa sawit di perkampungan tersebut.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, harimau kumbang jantan berkenaan berjaya ditangkap kurang 24 jam selepas perangkap itu dipasang pada Selasa lalu.

“Ia dipasang selepas kita menerima aduan lembu-lembu ternakan penduduk mati dipercayai dibaham harimau kumbang berkenaan.

“Operasi menangkap harimau kumbang tersebut melibatkan tujuh anggota Perhilitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati haiwan liar itu berada dalam keadaan sihat.

Beliau berkata, harimau bintang tersebut akan dilepaskan ke dalam hutan yang merupakan habitat semulajadinya pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI