fbpx

Galak sektor swasta satu pasukan dengan kerajaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Makan Malam Gala NCCIM ke-62 di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PETALING JAYA – Sektor swasta digalakkan bekerja sebagai satu pasukan dengan kerajaan dalam memainkan peranan aktif sekali gus membantu mempercepatkan lagi kejayaan dari aspek ekonomi dan pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun negara telah kehilangan ‘masa’, namun negara mempunyai keupayaan dan sumber dalam meletakkan ekonomi negara di landasan sebenar.

“Saya benar-benar meminta untuk sokongan berterusan daripada pihak swasta dan kerjasama sebagai satu pasukan dalam menjadikan Malaysia negara berjaya di dunia.

“Malah saya fikir beberapa siri perbincangan dan dialog antara kementerian serta pihak sektor swasta pastinya membantu dalam memastikan kita berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada sambutan ulang tahun Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) ke-62 di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Anwar turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada NCCIM sebagai penghargaan dan sumbangan mereka dalam menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke negara ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya tidak leka terutama dengan kestabilan politik yang dikecapi di negara ini pada masa ini.

Katanya, sebaliknya stabilan tersebut perlu digunakan untuk melakukan perubahan, antaranya reformasi institusi termasuk melaksanakan dasar tidak popular yang penting untuk memastikan kejayaan negara.

“Dasar yang tidak popular itu termasuklah tarif elektrik (penyelarasan tarif) dan rasionalisasi, tetapi ia perlu dilakukan.

“Rasionalisasi itu baik untuk ekonomi, tetapi sukar dari aspek politik. Ia adalah untuk menyelamatkan negara daripada ketirisan yang menyebabkan kehilangan berbilion ringgit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI