fbpx

Flick ubah taktik lapuk Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK mahu melakukan pembaharuan dari aspek gaya permainan Barcelona dengan corak menyerang yang lebih agresif. - FB BARCELONA

BARCELONA – Pengurus Barcelona, Hansi Flick mengakui bersedia untuk mengubah ‘tradisi lapuk’ pasukan dengan menerapkan falsafah bola sepak moden yang lebih agresif seperti yang ditampilkan di negara kelahirannya di Jerman.

Sebagai rekod, Barcelona sangat berbangga dengan corak permainan tiki-taka dan total football yang diterapkan sejak era 90-an apabila setiap jurulatih yang membimbing pasukan perlu meneruskan kesinambungan tersebut.

Namun, Presiden Barcelona, Joan Laporta sudah memberikan lampu hijau kepada Flick untuk mengubah corak permainan pasukan seperti yang diterapkan di Jerman dengan mempamerkan taktikal lebih dinamik dan berintensiti tinggi.

Menurut Flick, tidak banyak perkara yang akan diubah dalam merancang strategi pasukan kerana apa yang telah diterapkan oleh pengendali terdahulu, Xavi Hernandez masih lagi menawarkan asas bola sepak yang baik.

“Saya rasa falsafah bola sepak saya dengan jurulatih terdahulu (Xavi) hampir sama kerana kami mahu memberi tekanan terhadap pasukan lawan dengan menguasai bola sepanjang perlawanan.

“Namun, pasti ada beberapa perkara yang akan saya ubah kerana saya ada falsafah tersendiri dalam usaha memburu kemenangan. Apa yang pasti, segalanya bergantung dengan pasukan yang akan kami hadapi kerana mereka menawarkan cabaran yang berbeza.

“Mengenai tradisi pasukan, ada perkara yang saya tidak suka dan perlu dirombak terutama apabila sebelum ini fokus utama adalah untuk melakukan hantaran pendek dan menguasai bola.

“Sepanjang saya berada di sini, saya tidak mahu lihat perkara itu kerana apa yang lebih utama adalah untuk menjaringkan gol terlebih dahulu,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN