fbpx

Empat helikopter anti kapal selam aset pertahanan baharu TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly Zahari

KUALA LUMPUR – Empat buah helikopter anti kapal selam antara aset pertahanan baharu yang dirancang untuk diperoleh Tentera Laut Malaysia (TLDM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, TLDM turut merancang perolehan dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS), tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 3 dan enam buah Unmanned Aerial Vehicle (UAV)

“Secara keseluruhannya, kesemua perolehan aset strategik TLDM di bawah RMK13 sehingga tahun 2030 dianggarkan berjumlah RM10 hingga RM11 bilion,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Idris bagaimana Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 berupaya memperkukuh sistem keselamatan maritim yang melibatkan sempadan wilayah Sabah.

Terdahulu, Adly berkata, melalui peruntukan kewangan yang diluluskan dalam RMK11 dan RMK12, TLDM berjaya memperoleh empat buah kapal Littoral Mission Ship Batch 1, tiga buah Helikopter Operasi Maritim dan 19 bot Fast Interceptor Craft (FIC)

Menurut beliau, kesemua empat kapal Littoral Mission Ship Batch 1 dan Helikopter Operasi Maritim tersebut ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Usaha memperkasakan armada TLDM diteruskan dengan perjanjian perolehan tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 2 dengan syarikat STM, Turkiye baru-baru ini secara GtoG.

“Kaedah perolehan secara GtoG bagi memastikan bahawa Pelan Strategik kita untuk kita mendapatkan aset pertahanan ini dapat kita laksanakan seperti mana yang telah dirancang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI