fbpx

Dibayar RM143 untuk menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta perlu menangis secara semula jadi. - Detik Jateng

JAKARTA – Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50), lapor laman berita Detik.

Menurut pihak penganjur, acara itu diadakan bagi mempromosikan taman tema air  Purbawahana.

Pengurus lokasi pelancongan tersebut, Dwi Kurniawan berkata, acara itu diadakan paa 20 Julai lalu.

“Diilhamkan daripada rungutan para ibu tentang pelbagai masalah yang dihadapi, maka kami bersetuju untuk mengadakan pertandingan menangis. 

“Ternyata, mereka bersemangat dengan ramai yang mendaftar. Namun, kami hadkan kepada 200 orang peserta,” katanya.

Sejurus wisel dibunyikan, semua peserta cuba menangis secara semula jadi bagi melayakkan mereka memenangi pertandingan itu.

Peserta dinilai berdasarkan keadaan tangisan yang berlaku secara semula jadi sehinggakan air mata menitis.

Air mata juga tidak boleh disapu sehingga pertandingan tamat.

Sementara itu, menurut peserta, pertandingan tersebut boleh membantu mereka menyalurkan bebanan mental akibat masalah yang dihadapi.

Juara pertandingan itu, Winarni berkata, dia memikirkan perkara sedih yang dialami bagi membuatkan dia mampu menangis secara semula jadi.

“Saya memikirkan tentang anak yang memilih untuk tinggal dengan neneknya dan enggan hidup dengan saya. Ia membuatkan saya sedih,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI