SINGAPURA – Seorang wanita di Singapura dengan selamba menanggalkan kasut lalu meletakkan kedua-dua kakinya pada tingkap di dalam di bas, lapor laman berita Stomp semalam.
Kejadian berlaku di dalam perkhidmatan bas 187 kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan), pada 13 Julai lalu.
Menurut perakam bernama Raven, wanita itu berada di tempat duduk berbeza sebelum berpindah dan mengambil empat tempat duduk lain yang kosong. Dia turut membawa bersama barangnya termasuk beg troli.
“Dia mengambil empat tempat duduk dan tiada sesiapa boleh duduk di sebelahnya kerana terhalang oleh barang-barangnya.
“Dia kemudian menanggalkan kasut dan meletakkan kakinya di tepi tingkap. Kami (penumpang lain) mendapati perbuatan itu sangat menjijikkan.
“Saya tidak pernah menyangka ini akan berlaku. Ia benar-benar menjengkelkan dan merosakkan hari kami,” kata Raven. – AGENSI