fbpx

Celine Dion dibayar RM9 juta nyanyi 1 lagu di Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Celine dilaporkan menerima bayaran RM9 juta bagi menyanyikan sebuah lagu pada upacara pembukaan temasya Olimpik Paris 2024.

KEBERADAAN diva antarangsa, Celine Dion di Paris sejak beberapa hari lalu menguatkan spekulasi kemunculan penghibur itu pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 pagi Sabtu ini.

Portal media TMZ melaporkan, penyanyi berusia 56 tahun itu mendaftar masuk di hotel mewah Royal Monceau di ibu negara Perancis itu Isnin lalu.

Lebih membuatkan ramai teruja apabila desas-desus yang bertebaran turut menyebut sebanyak AS$2 juta (RM9.34 juta) diberikan kepadanya untuk membawakan satu lagu pada temasya sukan terbesar dunia itu.

TMZ turut memaklumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu My Heart Will Go On itu kini bertambah sihat selepas berjuang melawan penyakit masalah sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS).

Sebelum ini, dia pernah memaklumkan memasang impian untuk kembali ke kota cinta itu bagi melihat semula Menara Eiffel.

Terdahulu, Celine yang berasal dari Kanada adalah antara penyanyi yang mahir berbahasa Perancis paling terkenal sepanjang zaman namun tidak dapat membuat persembahan selama bertahun-tahun berikutan menghidap penyakit autoimun.

Celine terpaksa melupakan seketika karier nanyiannya pada 2022 selepas didapati menghidap penyakit jarang berlaku Sindrom Stiff Person yang turut didedahkan dalam dokumentari videonya I Am: Celine Dion.

Namanya juga bukan asing dengan temasya Olimpik apabila sebelum ini menyanyikan lagu The Power Of The Dream pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 yang disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia.

Sementara itu, seorang lagi penyanyi terkenal iaitu Lady Gaga juga turut dilapor bakal sepentas dengan Celine apabila dilaporkan menginap di hotel Royal Monceau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI