fbpx

BN alukan sesiapa sahaja datang berkempen PRK Nenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KOTA TINGGI – Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan mana-mana pihak untuk datang berceramah semasa kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengalu-alukan semua pihak turun berkempen yang dilihat boleh memenangkan calon BN pada PRK Nenggiri yang bakal berlangsung pada 17 Ogos depan.

“Surat itu pun surat palsu, bermakna surat layang. Tidak ada kebenaran pun. Setakat ini kita mengalu-alukan semua pihak yg boleh memenangkan calon BN di Nenggiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada sidang akhbar selepas menyampaikan Perutusan Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Pusat Konvensyen Desaru Coast, Bandar Penawar, di sini hari ini.

Terdahulu, BN menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan mana-mana Unit Daerah Mengundi (UDM) BN menjemput empat individu termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk tampil di pentas ceramah sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, BN berkata, kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, langkah memperkenalkan calon PRK Nenggiri lebih awal memberi kelebihan kepada BN.

Ujarnya, calon BN PRK Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sudah mula ‘bergerak’ menemui pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

PRK itu diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu mengumumkan kekosongan kerusi selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu apabila menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI