fbpx

Bekal senjata lelaki Israel: Permohonan ikat jamin tertuduh ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Faraha (kanan) dan Abdul Azim ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini. FOTO: Saddam Yusoff

KUALA SELANGOR – Permohonan pasangan suami isteri memperoleh ikat jamin selepas dituduh membekalkan senjata api kepada lelaki Israel ditolak Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya memutuskan demikian selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh, Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd. Yasin, 43.

“Keputusan itu merujuk kepada prinsip Mahkamah Persekutuan dan Tinggi berkaitan dua kes yang melibatkan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) sebelum ini.

“Selain itu, tiada sebarang keadaan istimewa dikemukakan bagi permohonan jaminan berkenaan. Justeru, mahkamah menolaknya,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dalam hujahannya memaklumkan bahawa kesalahan tertuduh merupakan kesalahan tidak boleh jamin.

“Ini antaranya bagi mengelak tertuduh melakukan kesalahan lebih berat ketika proses perbicaraan kes masih dijalankan dan turut dikhuatiri mengganggu saksi pendakwaan.

“Tertuduh tidak menyatakan sebarang alasan atau keadaan istimewa bagi kebenaran permohonan ikat jamin,” katanya.

Namun, peguam Mohamad Isa Mohamad Basir yang mewakili Sharifah Faraha menjelaskan mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan jaminan itu dengan anak guamnya bersedia mematuhi semua syarat-syarat tambahan.

“Ini termasuk melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” ujarnya.

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen ditetapkan pada 29 Ogos depan.

Berdasarkan pertuduhan, Sharifah Faraha didakwa telah didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang iaitu sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, NO.SIRI : A216210.

Abdul Azim pula didakwa ada bersama isterinya itu yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa lelaki berkenaan mengetahui tentang pemilikan senjata api berkenaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI