fbpx

Bayi 8 bulan koma didera pasangan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA berusia 26 tahun dan teman lelakinya ditahan disyaki mendera bayi lapan bulan sehingga koma di Pontian, semalam.

PONTIAN – Seorang bayi lelaki ditidurkan selepas mengalami pendarahan dalam otak disyaki didera ibu kandung dan teman lelaki wanita berkenaan.

Bayi malang berusia lapan bulan itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian dera itu terbongkar selepas wanita itu membawa mangsa ke sebuah klinik swasta untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.

“Pihak klinik menasihati ibu mangsa supaya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pontian.

“Pasukan perubatan Hospital Pontian melakukan pemeriksaan ke atas bayi berkenaan dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri disyaki ada unsur penderaan sebelum membuat laporan polis pada pukul 9.15 pagi, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohammad Shofee berkata, mangsa kemudian dirujuk ke HSA dan mendapati punca bayi tersebut tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak kerana kekurangan oksigen.

Ujarnya, semakan ke atas fizikal bayi itu juga terdapat kecederaan di dahi dan lebam pada bahagian mata.

Susulan laporan itu, beliau memberitahu, ibu bayi yang berusia 26 tahun telah ditangkap di HSA manakala teman lelaki berusia 24 tahun menyerah diri Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian semalam.

Katanya, kedua-dua mereka yang merupakan pasangan kekasih tiada mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

“Mereka berdua yang tinggal di Taman Nilam di sini, ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 31 Julai bagi siasatan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI