fbpx

Axelsen yakin pingat emas Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AXELSEN

PARIS – Bintang Denmark, Viktor Axelsen percaya peluangnya untuk mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024 tetap cerah meskipun bertarung dengan kecederaan buku lali sejak Mei lalu.

Juara Olimpik Tokyo 2020 itu mengalami masalah tersebut ketika menyertai Terbuka Singapura 2024, namun tidak merasakan ia bukan satu masalah besar untuk berdepan lawan-lawan handalan di bumi Paris ketika ini.

Sebaliknya, Axelsen, 30, tetap berkeyakinan tinggi untuk memulakan kempen di Arena Porte de la Chapelle, Paris dalam saingan Kumpulan P menentang wakil Ireland, Nhat Nguyen, Misha Zilberman (Israel) dan Prince Dahal (Nepal).

“Anda tidak boleh memikirkan mengenai kecederaan jika anda mahu melakukan persediaan yang terbaik. Saya dikelilingi ramai orang yang hebat dan tahap fizikal saya juga berada pada tahap terbaik sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Axelsen yang juga pernah memenangi pingat gangsa Rio 2016, tidak bercadang untuk mempertimbangkan persaraan seandainya berjaya menjuarai edisi di Paris kali ini.

“Saya masih merasakan boleh bermain pada tahap tertinggi. Selagi saya mampu, saya akan meneruskannya,” jelas bekas juara dunia 2017 dan 2022 itu.

Axelsen dijangka tiada masalah mengungguli saingan Kumpulan P untuk mara automatik ke suku akhir dan diramal bertemu pemenang pusingan 16 antara juara Kumpulan M atau N.

Atas kertas, bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dijangka menjuarai Kumpulan M untuk menempah pertemuan dengan jaguh China, Li Shifeng yang juga diramal mudah mendominasi aksi Kumpulan N. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI