fbpx

Atlet Malaysia ‘peraga’ The Malaya rekaan Rizman Ruzaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Malaya rekaan Rizman Ruzaini menjadi busana tradisional dipakai oleh atlet Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 esok.

PETALING JAYA – ‘The Malaya’ rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini menjadi busana rasmi akan digayakan oleh kontinjen Malaysia sempena upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 esok.

Menerusi hantaran Majlis Olimpik Malaysia (OCM) pada Instagram, ‘The Malaya’ menampilkan rekaan baju kurung berserta kelubung untuk wanita, manakala baju Melayu teluk belanga bagi lelaki.

“Rizman Ruzaini dijemput oleh OCM pada Januari 2024 bagi menghadiri Malam Olimpik 2024 di Kuala Lumpur, yang mana pereka fesyen tempatan diberi peluang menonjolkan visi mereka terhadap apa yang atlet kita perlu pakai pada upacara perasmian Sukan Olimpik ke-33 di Paris.

“Dari situ, ‘fashion house’ bekerja keras untuk menghasilkan busana tradisional ini dengan visi diterjemahkan apa yang anda lihat hari ini dan apa yang dunia akan lihat pada 26 Julai sebagai atlet kami #GoForGold,” katanya hari ini.

Pada 4 Julai lalu Kosmo! melaporkan, Kontinjen Malaysia bakal dilengkapkan busana baju Melayu menjelang upacara perasmian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine.

Lebih manis pakaian tradisional itu mendapat sentuhan pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Perkara tersebut disahkan sendiri Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas mengakui Kontinjen Malaysia bakal mengenakan busana tradisional baju Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI