fbpx

9,250 wanita cantik berbaju kebaya pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta yang memakai baju kebaya pada sambutan Hari Kebaya Nasional 2024. - Fimela.com

JAKARTA –  Kongres Wanita Indonesia (KOWANI) memecahkan rekod dunia apabila mengumpulkan seramai 9,250 wanita dari 11 negara untuk menggayakan baju kebaya secara serentak, lapor saluran berita Media Indonesia semalam. 

Percubaan itu dilakukan sempena Hari Kebaya Nasional 2024  yang pertama kali disambut semalam di Istana Sendayan. 

Ketua Umum Kongres Wanita Indonesia (KOWANI), Giwo Rubianto Wiyogo berkata, rekod dunia merupakan pengiktirafan kepada wanita yang komited dalam melestarikan fesyen kebaya. 

“Kehadiran seluruh wanita pada sambutan ini membuktikan kebaya bukan sekadar pakaian, malah ia dianggap warisan budaya yang hidup dan terus berkembang pada setiap generasi,” tambahnya. 

Tambah beliau, pencapaian Muzium Rekod Dunia Indonesia (MURI) itu mendorong mereka untuk membawa kebaya khas Nusantara ke UNESCO. 

Sambutan Hari Kebaya Nasional itu turut dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI