fbpx

142,510 individu diberi peluang kedua, terlepas senarai bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika merasmikan Majlis Sambutan 100 Tahun Jabatan Insolvensi di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Seramai 142,510 individu telah diberikan pelepasan daripada senarai bankrap menerusi Dasar Peluang Kedua, sekali gus melepasi sasaran awal inisiatif itu iaitu menyasarkan pelepasan kepada 130,000 orang yang diisytiharkan muflis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan dibuat Jabatan Insolvensi itu telah berjaya memberi nafas baru kepada lebih 142,510 keluarga untuk memulakan kehidupan lebih baik.

“Sejarah sejak Merdeka, belum pernah mana-mana kerajaan yang mampu menyelesaikan 142,510 kes bankrap, tetapi saudara (Jabatan Insolvensi) telah membantu menyelesaikan.

“Sebab itu saya ulangi kenyataan ini, sementara mereka boleh bernafas, kita ada suntikan Tunai Rahmah kepada sembilan juta rakyat dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion setahun.

“Hanya pemberian tunai kepada rakyat (di mana) keutamaan berikan kepada golongan B40 dan M40 untuk sembilan juta rakyat, ini memberikan nafas sementara mereka jalankan perniagaan atau kegiatan baharu,” katanya pada Majlis Perasmian 100 Tahun Jabatan Insolvensi Malaysia di sini hari ini.

Untuk rekod, Dasar Peluang Kedua merupakan inisiatif Kerajaan Perpaduan dalam membela nasib rakyat dengan jumlah hutang berskala kecil untuk dilepaskan daripada kebankrapan melalui syarat-syarat tertentu.

Dasar yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 itu telah diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 bermula tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI