fbpx

[VIDEO] ‘Makanan sedap-sedap, ini kantin sekolah ke hotel?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan pelbagai hidangan dijual di kantin SMK Saujana Utama Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama Sungai Buloh menjadi perhatian ramai apabila menyediakan pelbagai jualan makanan menarik untuk para pelajarnya dengan harga berpatutan.

Ia hangat diperkatakan selepas perkongsian video CikguCtiey di media sosial yang memaparkan pelbagai hidangan barat dan tempatan dijual di kantin berkenaan dengan penggunaan peralatan serta dekorasi menarik seperti di hotel.

Antara menu yang disediakan adalah makaroni, sup cendawan, kebab, nasi berlauk, buah potong dan banyak lagi.

Rata-rata orang ramai teruja, malah tidak kurang juga yang berhasrat untuk ke kantin sekolah tersebut bagi menjamu selera.

“Ni kantin ke hotel? Wah, seronok macam ni!,” kata seorang pengguna.

“Cikgu, boleh ke orang luar masuk makan kat kantin sekolah?,” soal @Mommy J.

“Mula tahun 2018 makanan kantin SMKSU semua sedap. Kadang-kadang duit belanja RM5 dulu cepat ja lesap,” kongsi @Fatinnnn Hanani.

“Sedapnya menu makanan ni. Kafe kolej saya pun tak macam ni,” ujar @najiha. – KOMSO! ONLINE

@cikguctiey9681 Review menu kantin sekolah #fyp #foryou #learnontiktok #tiktokguru #ceritacikguctiey #cikguctieycikgusejarah #sutama ♬ original sound – CikguCtiey

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI