fbpx

Tukang masak didakwa pandu bahaya sebabkan kematian pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa tertuduh ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang pelajar sekolah di daerah ini, Sabtu lalu.

Tertuduh, Muhammad Harish Nashan Hairiel Anuwar, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa memandu kereta dengan cara berbahaya selepas mengambil perhatian semua keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalu lintas sehingga menyebabkan kematian Ally Ikhwan Shah Harizan Shah, 17.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching, Jeram di sini, kira-kira pukul 7.20 pagi, Sabtu lalu.

Justeru, Muhammad Harish didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 (1) Αkta Ρengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda maksimum RM50,000, sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofia Jaysal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kos ikat jamin tertuduh berjumlah RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes serta lantikan peguam ditetapkan pada 26 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang remaja lelaki maut terjatuh ke dalam parit selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI