fbpx

Tipu e-Kasih: Buruh dipenjara 48 bulan, 14 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Halmi dijatuhi hukuman penjara 48 bulan dan 14 sebatan oleh dua Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas 13 kesalahan menipu membabitkan tawaran bantuan e-Kasih dengan jumlah kerugian RM6,380. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Seorang buruh dihukum penjara selama 48 bulan dan 14 sebatan oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 13 kesalahan menipu membabitkan tawaran bantuan e-Kasih melibatkan kerugian RM6,380.

Tertuduh, Muhammad Halmi Ismail, 49, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan dalam prosiding yang dijalankan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif dan Majistret S. Punitha.

Di hadapan Siti Nora, lelaki itu didakwa atas dua pertuduhan menipu dan dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hukuman penjara itu bagaimanapun diarahkan berjalan secara serentak bermula dari tarikh sabitan hukuman, hari ini.

Bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh dihukum masing-masing setahun penjara dan satu sebatan yang akan dijalaninya selepas tamat tempoh pemenjaraan di Penjara Alor Setar pada 29 Jun 2025.

Sementara itu, di hadapan Punitha, tertuduh yang berdepan baki sembilan lagi pertuduhan dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan dua bulan serta 10 sebatan. Kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak berkuat kuasa hari ini.

Bapa empat anak itu didakwa menipu seramai 13 individu hingga mendorong mereka menyerahkan wang tunai RM200 hingga RM900 untuk mendapatkan bantuan e-Kasih yang tidak wujud.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di beberapa lokasi di Ipoh termasuk bank, hospital dan pasar raya sejak 1 Januari hingga 23 Julai 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI