fbpx

Selipar ‘jamban’ RM5,555 hanya berharga RM14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELIPAR yang didakwa dijual 43,000 baht di Arab Saudi. - Foto Thai PBS World

BANGKOK – Syarikat Nanyang menafikan laporan media yang mendakwa bahawa sepasang selipar keluarannya dikenali sebagai Elephant-Star, dijual pada harga 43,000 baht (RM5,555) di Arab Saudi.

Ia jauh lebih tinggi berbanding harganya di Thailand, lapor laman berita Thai PBS World semalam. 

Sepasang selipar itu dijual di Thailand pada harga hanya 109 baht (RM14.08).

Pengarah Nanyang Marketing Co., Ltd, Piya Sosothikul berkata di laman Facebook bahawa video penjualan selipar itu sudah lama menjadi tular di media social.

Ia menunjukkan selipar tersebut dijual di sebuah kedai mewah di Riyadh.

Namun katanya, video itu sebenarnya palsu.

“Ini adalah klip video beberapa tahun lalu di China dan ia muncul semula baru-baru ini. Saya ingin menjelaskan bahawa ia tidak benar,” kata Piya.

Laman Facebook Nanyang turut menafikan laporan itu dengan menganggapnya sebagai ‘kisah lucu dari luar negara.’

Pada awalnya, video itu menyebabkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Thailand yang melahirkan rasa hairan dengan harga yang luar biasa di Arab Saudi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI