fbpx

Sakit hati tinggal di Selangor, punggah baju mandi di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bukan sekali, malah berulang kali rakyat yang berkelana di Selangor menghadapi kejadian gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran sungai dalam setahun.

Disebabkan sekali lagi masalah sama berlaku bermula semalam di tujuh daerah Selangor dan sebahagian Kuala Lumpur, orang ramai mula meluahkan kemarahan mereka di media sosial masing-masing hari ini.

Menerusi Facebook Falek Abdul Rani meluahkan, peribahasa ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’ memang tepat dengan situasi yang sedang dialami oleh penduduk Selangor yang terlibat ketika ini.

“Rezeki sudah tertulis di sini, tetapi beginilah keadaan yang terpaksa dilalui. Setahun akan banyak kali mandi di pejabat, punggah pakaian pagi-pagi lagi. Apa la nasib,” luah lelaki tersebut.

Malah bagi seorang tenaga pengajar, Aziz Wanghih berkata, hampir 80 peratus pelajar di sekolahnya yang tidak hadir ke sekolah hari ini memberi alasan gangguan bekalan air yang berlaku di rumah menyebabkan ketidakhadiran mereka ke sekolah hari ini.

“Ramai pelajar bagi alasan tak ada air dekat rumah, nampaknya bekalan air ni boleh sebabkan lumpuh banyak benda. Keras hidup dekat Selangor,” tulisnya.

“Tangki dekat rumah ni setakat dua hari boleh lagi tampung, dengar kata hingga Jumaat. Masalahnya kenapa makin kerap pula putus bekalan air ni?” soal Wan Junaidi Wan Jusoh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI