fbpx

Pemulihan bekalan air capai lebih 31 peratus setakat 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat akibat henti tugas sementara berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah telah mencapai 31.9 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan petang ini berkata, ia ekoran henti tugas di LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Air Selangor berkata, pihaknya akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna.

“Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor wilayah Sepang atau Hulu Langat.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang telah dibuka di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat) dan Taman Gemilang Dengkil (wilayah Sepang),” katanya.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selain itu, para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Semalam, kejadian pencemaran bau seakan asid di udara dan aliran berbuih di Sungai Kuang dikesan di Jalan Kampung Orang Asli, Kuang kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Selangor, Izham Hashim pula berkata gangguan bekalan air di tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor dijangka pulih Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI