TOKYO – Pelakon suara Jepun, Noriko Ohara yang terkenal dengan karakter Nobita dalam siri anime popular Doraemon, meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor saluran berita CNN hari ini.
Ohara atau nama sebenarnya Noriko Tobe, meninggal dunia pada 12 Julai lalu selepas menjalani rawatan untuk penyakit yang dihadapi.
“Pengebumian diadakan buat saudara-mara terdekat, mengikut permintaan keluarganya.
“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kebaikan yang ditunjukkan sepanjang hayatnya dan memberitahu anda tentang kematiannya,” kata agensinya, 81 Produce dalam satu kenyataan semalam.
Ohara meminjamkan suaranya bagi watak Nobita selama 26 tahun, bermula dari 1979 hingga 2005. – AGENSI