fbpx

Pelancong wajib bawa beg sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 11 Februari 2017 menunjukkan pemandangan Tasik Tsomgo, Sikkim. – AFP

NEW DELHI – Kerajaan Sikkim di timur laut India mewajibkan pelancong luar membawa beg plastik sampah bersaiz besar sekiranya mahu mengunjungi negeri berkenaan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan penyertaan masyarakat termasuk pelancong ke arah mencapai matlamat kelestarian alam sekitar.

“Semua kenderaan pelancong yang memasuki Sikkim perlu membawa beg sampah besar dan ini adalah mandatori.

“Adalah menjadi tanggungjawab pengendali pelancongan, agensi dan pemandu kenderaan untuk memaklumkan kepada pelancong supaya menggunakan beg sampah untuk melupuskan sampah,” kata kenyataan arahan itu.

Selain itu, pemeriksaan secara rawak akan dijalankan ke atas kenderaan pelancong untuk memastikan peraturan itu dipatuhi, manakala mereka yang ingkar akan didenda.

Terletak di kaki Banjaran Himalaya, Sikkim ialah negeri paling kurang penduduk di India. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pelancong yang ramai mengganggu ekologi rantau tersebut.

Sebanyak dua juta pelancong melawat banyak lokasi menarik di Sikkim pada setiap tahun.

Namun, kekurangan kesedaran sivik menyebabkan mereka mencemarkan negeri itu dengan membuang sampah merata-rata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI