fbpx

Orang Asli Pos Pulat jadi perintis tanaman kenaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Abd. Rahim (dua dari kanan) menunjukkan produk yang dihasilkan daripada pokok kenaf kepada Orang Asli sempena Program Bicara Kenaf di perkampungan Orang Asli Pos Pulat, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di Pos Pulat di sini akan menjadi perintis kepada tanaman kenaf sebelum diperluaskan ke penempatan golongan berkenaan di kawasan lain selepas ini.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menjayakan tanaman tersebut secara lebih berdaya saing.

“Tanaman kenaf tidak memerlukan penjagaan rumit selain dilihat sesuai dengan budaya dan cara hidup masyarakat Orang Asli apabila boleh mendapat hasil dalam tempoh masa 45 hari hingga tiga bulan.

“Besar harapan LKTN supaya tanaman ini mampu memberi pendapatan kepada penduduk selepas berpindah ke lokasi baharu ekoran pembinaan Empangan Nenggiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Kenaf bersama kira-kira 300 komuniti setempat di Pos Pulat di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus LKTN Wilayah Timur, Nik Muhamad Azhar Nik Mustapha memberitahu, LKTN menyediakan insentif tanaman kenaf untuk pengeluaran fiber iaitu hampir 4,900 per hektar bagi tempoh tiga bulan serta pengeluaran makanan pula sebanyak 1,900 per hektar di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI