fbpx

Nurul Aishah Farhana hilang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Aishah Farhana.

HULU SELANGOR – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Semarak, Batang Kali, di sini sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nurul Aishah Farhana Azni kira-kira pukul 12.42 tengah hari tadi.

Menurutnya, mangsa kali terakhir dilihat di sebuah kedai makan Sakon Thai dekat Jalan Mahagoni 7/1A, Bandar Utama Batang Kali, di sini semalam.

“Mangsa memakai tudung bewarna hitam, t-shirt kosong lengan panjang bewarna biru gelap dan berseluar hitam selain mengenakan sandal bewarna coklat cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, berdasarkan siasatan, kehilangan remaja itu merupakan kali kedua.

“Namun, pada kali pertama yang berlaku Januari lalu, mangsa dikatakan pulang ke rumah dalam tempoh 24 jam.

“Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sebarang pertelingkahan dengan ahli keluarga,” ujarnya.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 atau tampil ke balai polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI